Menteri KKLW Tinjau Perjalanan Sukan MAKSPEN ke-13 Kedah 2015

on . Posted in Ekonomi & Sukan

Oleh : Unit Komunikasi Korporat UUM

menteri kunjung uum1

SINTOK - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan kunjungan ke Universiti Utara Malaysia (UUM) petang semalam bagi meninjau perjalanan Sukan MAKSPEN ke-13 Kedah 2015 yang sedang berlangsung.

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) menjadi tuan rumah pada kejohanan kali ini dan UUM dipilih sebagai venue utama kejohanan yang berlangsung selama empat hari itu.

Kunjungan Datuk Seri Ismail Sabri telah disambut oleh Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak; Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ibrahim Muhamad; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM, Prof Madya Dr Abdul Malek Hj Abdul Karim dan pegawai-pegawai MAKSPEN.

Perasmian MAKSPEN ke-13 telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir pada 12 Ogos lalu di Stadium UUM.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan merasmikan acara penutup yang akan diadakan pada sabtu jam 8 malam di Dewan Mu'adzam Shah, UUM. Perasmian penutup akan turut dihadiri YAB Menteri Besar Kedah.

Tags: terkini