Catur Tambah Kutipan Pingat Emas Kontinjen UUM

on . Posted in Ekonomi & Sukan

Oleh Joezainy Ismail

catur

SHAH ALAM - Kontinjen UUM menambah pungutan pingat apabila pasukan catur berjaya menyumbang pingat emas melalui acara blitz yang dimenangi oleh Nazli Johardy Johari.

Sementara itu di Kompleks Sukan Negara Shah Alam, pasukan futsal lelaki meneruskan rentak cemerlang apabila berjaya menumpaskan lawan mereka Universiti Sains Malaysia (USM) dengan keputusan 3 -1 pada perlawanan suku akhir. Perlawanan separuh akhir akan dilangsungkan pada pagi Khamis.

Pada petang ini pula pasukan ping pong akan turun berdepan pasukan Universiti Sains Malaysia (USM) untuk peringkat suku akhir. Turut layak ke peringkat suku akhir sebentar tadi ialah pasukan Bola Tampar.

Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) 2015 ini diadakan di UiTM Shah Alam bermula 17hb Ogos sehingga 23hb Ogos 2015.

Tags: terkini