Misi Mempertahankan Pingat Emas

on . Posted in Ekonomi & Sukan

Oleh : Joezainy Ismail

futsal akhir

SHAH ALAM - Pasukan futsal lelaki Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya melangkah ke peringkat akhir dalam misi mempertahankan pingat emas yang dimenangi dalam kejohanan yang lalu.

Pada peringkat separuh akhir, UUM berjaya menundukkan pasukan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan jaringan 4 - 0.

Pasukan futsal lelaki UUM akan bertemu dengan pasukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam aksi merebut kejuaraan pada petang Khamis ini.

Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) 2015 ini diadakan di UiTM Shah Alam bermula 17hb Ogos sehingga 23hb Ogos 2015.

Tags: terkini