UUM-WMU Berkerjasama Dalam Bidang Pengurusan Sukan

on . Posted in Ekonomi & Sukan

Oleh : Unit Komunikasi Korporat UUM

mou3

 

LANGKAWI - Universiti Utara Malaysia (UUM) mengorak langkah proaktif apabila memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Western Michigan University (WMU), Amerika Syarikat di Hotel Aseana, Ahad pagi.

Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar (STHEM), Prof. Madya Dr. Basri Rashid yang mewakili Naib Canselor UUM telah menandatangani perjanjian tersebut, manakala WMU diwakili Dekan Kolej Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Prof. Dr Ming Li dengan bersaksikan Presiden Malaysia Association for Sport Mangement (MASM), Dr. Wirdati Mohd Radzi.

Majlis tersebut turut mendapat kerjasama MASM yang pada masa sama menganjurkan 11th Asian Conference of Sport Management di Pulau Langkawi.

Menurutnya, UUMNGA perlu menjadikan WMU sebagai rakan strategik dalam bidang pengurusan sukan agar keberhasilan maksimum diperoleh bagi memenuhi keperluan dan kegunaan pelajar-pelajar golf di UUM.

"Saya berharap memorandum persefahaman ini dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang terutamanya kerjasama mobiliti yang melibatkan pertukaran pelajar dan pembangunan akademik antara kedua pihak," katanya.

Sementara itu, Prof. Dr. Ming Li mencadangkan UUM bekerjasama dengan WMU untuk membangunkan kurikulum baharu dwi-ijazah dalam pengurusan sukan dengan menggunakan kepakaran dan kemudahan yang ditawarkan oleh pihak WMU.

"Jalinan kerjasama ini dan pengenalan kepada program pengajian pengurusan sukan merupakan aspek penting untuk membangunkan modal insan dalam organisasi terutama dalam industri golf yang semakin berkembang pesat diseluruh dunia," katanya.

Katanya, dengan kerjasama ini diharap akan ada kesinambungan untuk jangka masa panjang dan program-program yang disusun dengan UUM berjalan dengan sempurna, seterusnya mengukuhkan hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

Hadir sama Pengarah UUMNGA, Prof. Dr. Madya Dr.Azman Yasin dan pegawai-pegawai UUM.

Tags: terkini