Helang Merah Cemerlang Dalam Aksi Pertama Pra-Musim Liga Super 2016

on . Posted in Ekonomi & Sukan

Oleh: Musyaznie Mokhtar
Foto : Fuad Stephen

kdh vs f

 

SINTOK - Aksi cemerlang Kedah dalam perlawanan ujian Pra-Musim Liga Super 2016 mengalahkan pasukan Felcra FA 2-1 menunjukkan taring skuad Helang Merah masih berbisa.

Kedah bangkit menentang dalam pelawanan pembukaan pasukan negeri itu apabila Shazuan Ashraf berjaya menjaringkan gol penyamaan 1-1 pada minit ke-72 setelah pihak lawan terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit ke-47 oleh Mohd Faiz.

Gol penalti yang hasil jaringan Shafizan Hashim pada minit ke-88 telah membawa kemenangan kepada pasukan Kedah dalam pelawanan yang berlangsung di Stadium Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia (UUM) semalam.

Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe berpeluang menilai pemain baru yang beraksi apabila ketiadaan beberapa pemain atas faktor kecederaan, belum melaporkan diri dan berada dalam skuad kebangsaan.

Ketangkasan dan kelicikan Mohd Faiz dalam memperdayakan pertahanan Kedah dan kekuatan bahagian penyerang yang ditunjukkan oleh Abdul Halim Saari mempertahankan tembok skuad Helang Merah daripada diroboh pihak lawan menarik perhatian penyokong yang hadir.

Motivasi dan semangat akan diteruskan dalam perlawanan ujian ke-2 menentang pasukan Kuala Lumpur pada Ahad ini jam 8.45 malam di Stadium Pusat Sukan UUM.

UUM merupakan tuan rumah bagi pelawanan pembukaan skuad Helang Merah dengan kerjasama Kedah Football Association (Kedah FA).

Sumber : Facebook Kedah FA

Tags: terkini