KELAB MTB UUM KE PAK BARA SATUN THAILAND

on . Posted in Ekonomi & Sukan

BASIKAL

Seramai 11 orang staf Universiti Utara Malaysia, Kedah telah menjayakan Program Kayuhan Merentas Sempadan yang telah dianjurkan oleh kelab MTB UUM masing-masing terdiri daripada Jabatan Unifilm Studio, Jabatan Pembangunan & Penyenggaraan, Jabatan Bendahari, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Pusat Ko-Kurikulum UUM. Kayuhan yang bermula di wang kelian perlis menuju ke Pak Bara Satun, Thailand dengan jarak 80km yang memakan masa hampir 5 jam untuk tiba ke destinasi yang dirancang.

Program Kayuhan Merentas Sempadan ini telah diketuai oleh Kassim Ibrahim dari Unifilm Studio. Menurutnya semua peserta yang menyertai program ini begitu teruja kerana dapat mempelajari budaya sosial serta merapatkan hubungan antara peserta dan masyarakat Thailand. Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang terlibat dalam menjayakan program ini dan berharap program ini dapat dilaksanakan lagi pada masa yang akan datang.

Tags: terkini