Naib Canselor Rasmi Kejohanan Balapan Dan Padang SMSAH Ke-50

on . Posted in Ekonomi & Sukan

Oleh: Seksyen Media

Naib Canselor Rasmi Kejohanan Balapan Dan Padang SMSAH Ke-50

JITRA - Naib Canselor Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra kali ke 50 tahun 2016 pagi ini di Padang SMSAH.

                                                                   

Beliau semasa berucap di majlis perasmian tersebut berkata bersukan merupakan aktiviti yang baik untuk otak. 

 

"Otak kita memerlukan oksigen, glukosa, air, rehat mencukupi dan kecergasan yang mana semua ini dapat diperolehi melalui aktiviti-aktiviti sukan sebagaimana kata-kata otak yang cerdas datang dari badan yang cergas,"ujarnya.

 

Selain itu katanya lagi pada masa kini untuk menjadi individu hebat dan berjaya pelajar juga perlu mempunyai kebolehan yang pelbagai dalam bidang yang lain, bukan sekadar akademik semata-mata.

 

"Setiap pelajar sekurang-kurangnya perlu mempunyai kebolehan dalam bidang lain kerana keadaan di luar sana sangat kompetitif dan kalau hanya bergantung kepada akademik semata-mata peluang kerjaya kita akan terbatas.

 

Malah di peringkat universiti juga akan diperkenalkan integrated cumulative grade point average (iCGPA) iaitu untuk mendapatkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 bukan sekadar mengambil kira subjek akademik semata-mata tetapi juga aktiviti kokurikulum," jelasnya.

 

Beliau turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang kejohanan berkenaan.

 

Hadir sama Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMSAH, En Mohd Nashir Mohd Salleh, Pengetua SMSAH Tuan Haji Abu Seman Sareh Md Isa, guru-guru kanan dan guru-guru SMSAH.

 

Tags: terkini