DISCOVER UUM 2016: Sintok Medan Pertempuran 4x4 - Pamer Aksi Ekstrem, Mendebarkan

on . Posted in Ekonomi & Sukan

Oleh: Siti Fatimah Abdullah

Gambar: Dr. Mohd Shamrie Sainin

Sintok Medan Pertempuran 4x4

SINTOK - Leka menghayati panorama hijau, kembara mendaki bukit, denai, berbatu, cerun dan melintasi titian usang menempuh pengalaman mendebarkan  yang penuh rintangan, kesilapan kecil mengundang padah! namun tiada istilah serik dalam 4x4.

 

Disertai Kelab Jimny Samurai Malaysia (KJSM) dan UUM4x4Sintok antara nama yang tidak asing dalam 4x4 di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang sering mengalu-alukan peserta luar seperti Pajero Club Malaysia & Friends (PCMF) dan Landy Malaysia. 

 

Pensyarah Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) UUM CAS, Mohd Tarmizi Musa berkata, ekspedisi ini amat dinantikan-nantikan pecinta 4x4 untuk beraksi sambil merehatkan minda menyaksikan keindahan alam semulajadi di   Universiti Rimba Hijau. 

 

Jelasnya, antara lokasi yang dikunjungi seperti Park and Recreation, Kem Site 4x4UUM, Hutan Sintok dan Sg. Badak yang mengalir masuk ke dalam kawasan UUM.

 

“Kita turut menjalankan pelbagai aktiviti yang terbuka kepada sesiapa yang berminat misalnya Kursus Pemanduan 4X4 yang memberi pendedahan tentang pemanduan ketika menempuh halangan seperti jambatan, lumpur, menuruni bukit selain teknik winching, sistem gear dan transmisi.

 

“Peserta dapat saksikan secara live bagaimana penggunaan peralatan recovery seperti hi-lift jack, shackle, snatch block, strap, winch yang digunakan untuk menarik kereta, pokok tumbang dan jalan licin, manakala tree trunk/protectorberfungsi melindungi pokok dari terluka,” jelasnya.

 

Tags: terkini