Kontinjen Golf UUM Tekad Kekal Kejuaraan Kejohanan Golf Antara Universiti Awam

on . Posted in Ekonomi & Sukan

Oleh: Seksyen Media

Gambar oleh: Hairul Nizam Zahari

Kontinjen Golf UUM Tekad Kekal Kejuaraan Kejohanan Golf Antara Universiti Awam

SINTOK - Kontinjen golf Universiti Utara Malaysia (UUM) terdiri 16 pemain tekad untuk mengekalkan kejuaraan pada Kejohanan Golf Antara Universiti-universiti Awam anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang berlangsung pada 22 hinga 23 Mei di Palm Resort Golf and Country Club, Johor Bahru.

 

Kapten pasukan, Prof Madya Dr Abdull Sukor Shaari berkata, kontinjen UUM melibatkan dua pasukan iaitu kategori nett seramai lapan pemain dan satu lagi pasukan gross melibatkan empat pemain, dua pemain VIP dan empat pemain tetamu.

 

Menurutnya, pasukannya tekad untuk mengekalkan kejuaraan bagi kategori nett berpasukan seperti yang telah dimenangi pada tahun lalu, selain memenangi kategori gross individu.

 

Sehubungan itu, majlis penyerahan bendera kontinjen telah disempurnakan oleh Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak di Foyer Canselor.

 

Hadir sama, Pendaftar, Mohamad Akhir Yusuf, Naib Presiden Kelab Golf dan Rekreasi UUM iaitu Prof Ir Dr Che Sobry Abdullah dan pemain yang mewakili UUM.

Tags: terkini