MB Kedah Rasmi Kejohanan MAKSPEN 2015

on . Posted in Ekonomi & Sukan

mb rasmi makspen 2015

SINTOK - Sebanyak 15 agensi dan jabatan kerajaan menyertai Kejohanan Majlis Kebajikan dan Sukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (MAKSPEN) ke -13 yang berlangsung selama lima hari di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan sekitar Alor Star, Kedah.

Majlis Perasmian MAKSPEN 2015 telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Stadium UUM malam tadi.

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) diberi tanggungjawab menjadi tuan rumah kejohanan sukan dwi tahunan tersebut.

Lebih daripada 2,000 atlet bertanding merebut 94 pingat dalam 19 acara pada kejohanan tersebut.

Share

Tags: terkini