Martabatkan Seni Budaya dan Warisan

on . Posted in Kesenian & Kebudayaan

Oleh Unit Komunikasi Korporat

ucf

SINTOK - Usaha memartabatkan seni budaya dan warisan negara harus diteruskan serta dipergiatkan supaya dapat diwarisi generasi akan datang.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, Pembangunan Insan, Yang Berhormat Aminuddin Omar berkata beliau yakin industri seni dan budaya mempunyai nilai untuk dikomersialkan jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

“Kerajaan menyambut baik daya usaha penganjur dalam menjayakan festival ini dengan pendekatan yang pelbagai, sesuai dengan keistimewaan dan keunikan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.

“Ini juga seiring dengan hasrat kerajaan negeri dalam memartabatkan kesenian dan kebudayaan yang bakal menjadi publisiti utama dalam menjayakan Tahun Melawat Kedah 2016,” katanya pada Majlis Perasmian Penutup Universiti Utara Malaysia (UUM) Cultural Festival (UCF) 2015 di Pentas Utama Dataran Budaya, malam tadi.

Menurutnya festival ini adalah satu usaha bagi memastikan agar warisan budaya dan adat tradisi terpelihara serta dipertahankan sepanjang zaman khususnya dalam kalangan generasi muda.

“Semangat jiwa muda ini yang diperlukan untuk membantu menaikkan semula warisan budaya yang ‘tak lapuk dek panas, tak lekang dek hujan’ agar terus hidup dalam jiwa masyarakat belia,” katanya.

Beliau turut merasmikan gimik pelancaran Buku Citra Lensa UUM terbitan Pusat Budaya dan Seni (PBS) ataupun buku bergambar yang memaparkan pelbagai aktiviti kesenian dan kebudayaan yang menjadi dokumentasi berharga untuk tatapan generasi masa kini dan akan datang.

Beliau berharap penganjuran festival tersebut akan terus ditambahbaik dan ditingkatkan supaya bukan sahaja menjadi tarikan kepada masyarakat setempat bahkan juga sehingga ke peringkat antarabangsa.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan, nyanyian dan penyampaian hadiah kepada pemenang yang mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan sepanjang program UCF dijalankan.

Usaha memartabatkan seni budaya dan warisan negara harus diteruskan serta dipergiatkan supaya dapat diwarisi generasi akan datang.

Tags: terkini