Alumni UUM Dilantik Hakim Mahkamah Agung Indonesia

on . Posted in Komuniti

Oleh : Unit Komunikasi Korporat UUM

Alumni UUM Dilantik Hakim Mahkamah Agung Indonesia

JAKARTA - Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM), Bapak Dr Wahidin Katah merupakan salah seorang daripada enam yang dilantik sebagai Hakim Mahkamah Agung Republik Indonesia yang baru.

Beliau merupakan pelajar Ijazah Kedoktoran (PhD) di bawah seliaan Naib Canselor, Prof Dato' Wira Dr Mohamed Mustafa Ishak dan bergraduasi pada 2014.

Perlantikan dibuat oleh Ketua Mahkamah Agung (MA) Muhammad Hatta Ali di Gedung sekretariat MA, Jakarta, pada 5 Ogos lalu.

Naib Canselor berkata UUM amat berbangga dengan pencapaiannya itu dan merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada beliau.

Tags: terkini