UUM-JAIST Intai Peluang Jalin Kerjasama Akademik

on . Posted in Komuniti

Oleh: Seksyen Media

Gambar oleh: Hairul Nizam Zahari

UUM-JAIST Intai Peluang Jalin Kerjasama Akademik

SINTOK - Kunjungan hormat delegasi Global Communication Center, Japan Advanced Institute Science and Technology (JAIST) ke atas Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak telah membuka ruang kedua pihak untuk mengadakan jalinan kerjasama.

 

JAIST yang diketuai Pengarah/Profesor Global Communication Center, Prof Shungo Kawanishi telah mengadakan perbincangan bersama Naib Canselor di Balai Tamu.

 

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak membincangkan tentang jalinan kerjasama seperti mengadakan program mobiliti pelajar dan staf, menerbitkan penyelidikan bersama antara UUM dan JAIST serta menghantar staf untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) atau menjalani latihan di sana.

 

JAIST yang ditubuhkan pada 1990 dengan jumlah pelajar seramai 1,000 orang mempunyai program penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains dan teknologi yang canggih, selain mempunyai beberapa kampus satelit.

 

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Noor Azizi Ismail; Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Prof Dr Shahimi Mohtar; Pengarah Pusat Hal Ehwal & Kerjasama Antarabangsa (CIAC), Dr Mohamad Farizal Rajemi dan pegawai-pegawai kanan UUM.

 

Tags: terkini