Going Green Is Sexy

on . Posted in Komuniti

Oleh : Hal Ehwal Pelajar

GOING GREEN IS SEXY

SINTOK - Program Inapan Siswa Yayasan Albukhary (YAB) GOING GREEN IS SEXY telah berlangsung pada 27 September 2016 di sekitar INASIS YAB melibatkan penyertaan pelajar INASIS YAB.

Program ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran serta mendidik pelajar supaya lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Tujuan lain program ini ialah memelihara dan melindungi sumber semula jadi untuk generasi akan datang. Di samping itu, ia dapat menyediakan persekitaran yang selesa dan selamat kepada pelajar INASIS YAB.

Semasa program ini berlangsung semua peserta memberi kerjasama yang amat memberangsangkan.

Mereka semua sedia membantu dalam aktiviti yang dijalankan seperti gotong-royong, menanam pokok, membuat tanda nama YAB serta aktiviti lain.

Pengarah program ini Muhammad Khidir Bin Md Azmi berkata program ini berjalan dengan lancar kerana kerjasama yang baik daripada semua peserta.

Program ini diharapkan dapat menyemai rasa sayang terhadap alam sekitar, bersama-sama menjaga dan menceriakan persekitaran UUM untuk generasi akan datang.

Inapan Siswa Yayasan Al-Bukhary (INASIS YAB )- INASIS YAB telah mengadakan  program Roadshow Walk Together YABIANS Go Forward selama 2 hari iaitu pada 19 September 2016 bagi mahasiswa lelaki dan 20 September 2016 bagi mahasiswa perempuan  di Dewan Masyur yang melibatkan seluruh anggota INASIS YAB seperti Golfers, SUKSIS, PALAPES dan LEADERS.’

 

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan ahli Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) pada semester ini yang bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan para pelajar yang tinggal di INASIS ini.

 

Pembuka bicara disampaikan oleh Raudhah binti Dawam, selaku Naib Presiden INASIS YAB. Kemudian turut diperkenalkan barisan ahli JKPS melalui tayangan video dan barisan felo  INASIS YAB.

 

Program diteruskan lagi dengan ucapan Cik Sharima Ruwaida Abbas, Pengetua INASIS YAB. Beliau berharap seluruh mahasiswa YAB dapat berganding bahu dalam menjayakan apa juag program pada masa hadapan.

 

Program Roadshow ini merupakan sebuah kunci bagi program-program lain yang akan diadakan pada masa akan datang. Diharapkan ahli JKPS dapat melaksanakan program yang unik dan inovatif yang memberikan manfaat kepada mahasiswa INASIS YAB.

 

 

Tags: terkini