PROGRAM BUBUR ASYURA 2016 PENDUDUK KAMPUNG CHANGHAI, CHANGLUN, KEDAH BERSAMA PELAJAR INAPAN SISWA (INASIS) BSN, UUM

on . Posted in Komuniti

Oleh :  Hal Ehwal Pelajar

ROGRAM BUBUR ASYURA 2016 PENDUDUK KAMPUNG CHANGHAI CHANGLUN KEDAH BERSAMA PELAJAR INAPAN SISWA INASIS BSN UUM

CHANGLUN - Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JKPS) Inapan Siswa (INASIS) BSN Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menyertai Program Bubur Asyura 2016 yang dianjurkan oleh penduduk Kampung Changhai, Changlun, Kedah.

Program ini telah berlangsung pada 15 Oktober 2016 iaitu bermula dari 2.00 petang hingga 7.00 malam yang melibatkan 17 orang pelajar INASIS BSN.

 

Tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi ukhuwah dan hubungan silaturahim antara keluarga angkat penduduk Kampung Changhai dengan anak angkat yang terdiri daripada pelajar INASIS BSN seiring dengan objektif program ini untuk membentuk dan mendidik pelajar dalam bidang kemasyarakatan.

 

Dengan kerjasama jitu pengerusi JKKK Kampung Changhai, Encik Adnan bin Haji Mohamad Yunus, program ini sangat membantu dalam meningkatkan lagi hubungan kemesraan antara penduduk kampung dengan pelajar UUM. Di samping itu, program ini turut memberi peluang pelajar UUM menimba pengalaman baru merasai suasana kampung sawah padi di negeri ini.

 

Pelbagai aktiviti sepanjang program ini telah berlangsung, antaranya penyerahan lima anak angkat kepada keluarga angkat, memasak bubur Asyura, bersiaran di sekitar kawasan Kampung Changhai dan menziarahi keluarga angkat.

 

Encik Adnan sangat berbesar hati kerana program Asyura ini sangat meriah dan mendapat sambutan bukan sahaja pelajar UUM INASIS BSN, malahan keluarga antarabangsa Yaman.

 

Tags: terkini