BSN BIG FAMILY DAY

on . Posted in Komuniti

Oleh : Hal Ehwal Pelajar

BSN BIG FAMILY DAY

SINTOK - Exco Sukan dan Rekreasi bersama Exco Informasi dan Publisiti Inapan Siswa (INASIS) BSN telah bergandingan dalam menjayakan program BSN BIG FAMILY DAY di gelanggang futsal INASIS BSN.

Program ini bertujuan untuk membantu pelajar kekal aktif, bertenaga dan membantu mereka mengisi hari cuti mereka dengan sesuatu yang produktif. Program ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan persaudaraan antara pelajar INASIS BSN.

 

BSN BIG FAMILY DAY adalah berasaskan aktiviti sukaneka. Antara permainan yang diadakan adalah senamrobik, kepit kacang guna chopstik, water balloon, lari tiga kaki, hulur getah guna straw dan secret bomb.

 

Program bermula 8 pagi dan ditamatkan dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pada jam 11 pagi.

 

Program ini disertai oleha 90 orang pelajar INASIS BSN. Hasil program ini juga telah memberi suntikan semangat kepada pelajar INASIS BSN untuk terus aktif dan bertenaga.

 

 

Tags: terkini