Sama-Sama Tangani Isu Dan Cabaran Dihadapi Universiti

on . Posted in Komuniti

Oleh: Seksyen Media

Gambar oleh: Shamsaimi Ezil

Sama-Sama Tangani Isu Dan Cabaran Dihadapi Universiti

SINTOK - Kekangan kewangan yang sedang dihadapi hari ini menjadi isu dan cabaran buat Universiti Utara Malaysia (UUM) terutama dalam memastikan kecemerlangannya diteruskan.

 

Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata isu dan cabaran tersebut perlu ditangani bersama oleh setiap warga Universiti.

"Universiti mempunyai banyak potensi untuk menjual kepakaran yang ada, justeru saya berharap setiap Pusat Pengajian dapat memikirkan idea untuk menggunakan sumber manusia yang ada sebaiknya agar dapat menjana pendapatan kepada universiti," ujarnya.

 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-30 Persatuan Staf Akademik (PERSATU) UUM di Dewan Seminar A, Pusat Konvensyen.

 

Selain itu, tegasnya semua pihak tidak boleh berasa selesa dengan pencapaian yang telah dikecapi UUM sebaliknya perlu meningkatkan lagi prestasi yang dicapai.

 

"Kita harus terus berusaha bagi memastikan semua sasaran dan agenda utama dapat dicapai. Jaringan kerjasama sesama warga kampus harus ditingkatkan menerusi pelbagai medium yang ada seperti persatuan bagi memastikan hasrat tersebut dapat direalisasikan," katanya.

 

Dalam mesyuarat agung tahunan PERSATU 2015/2016 ini, Dekan PPA COLGIS, Prof Madya Dr Rusdi Omar telah dilantik sebagai Presiden; Prof Madya Dr Shukri Ahmad dilantik Timbalan Presiden; Setiausaha Kehormat, Pn Noraziah Che Pa; Penolong Setiausaha Kehormat, Dr Hasliza Abdul Halim; Bendahari Kehormat, Prof Madya Samihah Haji Saad @ Ismail dan Dr Abdul Manaf Bohari dilantik Editor Kehormat.

 

Sementara EXCO PERSATU terdiri daripada Prof Madya Dr Razamin Ramli, Prof Madya Dr Muhammad Fuad Othman, Dr Syamsul Bahrin Zaibon, Prof Madya Dr Nuarrual Hilal Md Dahlan dan Dr Mohamad Ghozali Hassan manakala Dr Akilah Abdullah dan Prof Madya Dr Hijattulah Abdul Jabbar dilantik sebagai Juruaudit.‚Äč

 

Tags: terkini