Naib Canselor Bentang Pencapaian UUM Pada Mesyuarat Pasca Kabinet

on . Posted in Komuniti

Oleh: Seksyen Media

Naib Canselor Bentang Pencapaian UUM Pada Mesyuarat Pasca Kabinet

PUTRAJAYA - Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak telah membentangkan pencapaian UUM pada Mesyurat Pasca Kabinet di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh dan turut disertai Timbalannya, Dato' Dr Mary Yap Kain Ching dan Ketua Setiausaha KPT, Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur.
 
Dalam mesyuarat itu, Naib Canselor membentangkan pencapaian universiti bagi suku keempat 2016 dari September hingga Disember.
 
Antaranya ialah kejayaan penganjuran Asian Youth Indie Film Festival (AYIFF) 2016, UUM disenaraikan dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings 2016-2017, memenangi Global Gold Award pada Green World Awards 2016 dan kejayaan transformasi Varsity Mall yang menelan kos RM8.73 juta.
 
Selain itu, beliau juga membentangkan pencapaian UUM seperti pembukaan Academia Lounge dan Mayang Sari Bistro, peningkatan jumlah graduan termasuk graduan antarabangsa pada Majlis Konvokesyen Ke-29, UUM turut melahirkan graduan terdiri daripada Ahli Parlimen dan juga kejayaan penganjuran Royal Alumni Gala Dinner termasuk pencapaian alumni UUM, Mohd Najib Abdul Hadi yang merupakan graduan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan pada 2008 kini bergelar jutawan muda.
 
Di akhir mesyuarat tersebut, Yang Berhormat Menteri telah melahirkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada UUM di atas pencapaian baik yg diperlihatkan selama ini.

Tags: terkini