Segulung Ijazah Ku Bawa Pulang Di Hari Kelima Konvokesyen

on . Posted in Komuniti

Oleh: H. Rasidah H. Rodzi

Gambar oleh: Anjung Tamu

SEGULUNG IJAZAH KU BAWA PULANG DI HARI KELIMA KONVOKESYEN

SINTOK - “Saya amat bangga di atas kejayaan ini. Kejayaan ini adalah atas dorongan kedua ibu bapa, isteri dan anak-anak saya”.

 

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa, isteri dan anak di atas pengorbanan mereka”,

 

“Terima kasih kepada UUM dan Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) yang merealisasikan impian dan azam saya”, demikianlah kata-kata seorang Penolong Penguasa Penjara, Akademi Koreksional Malaysia Langkawi, Arizan Ahmad yang merupakan pelajar kelas pertama Bachelor in Public Management Hons.

 

Dalam pada itu, Zaani Zahari yang berasal dari Perak dan ibu kepada pelajar Noor Farhanah Saban berkata,

“Besarlah hati di hari konvokesyen anak, sebak di atas pengorbanan”.

 

Selain bergambar kenangan di saat-saat bahagia pada hari konvokesyen, para graduan dan keluarga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat tentang sejarah UUM yang dipamerkan di rumah tengah Welcome Centre.

 

Serentak itu, menurut Sami Saad dari Sungai Petani, Kedah,

“Suasana yang menarik, penerangan yang diberikan amat  jelas dan menambat hati”.

 

Manakala Adam Mohd. Halim dari Selangor pula begitu teruja bergambar di Welcome Centre, katanya,

“Persembahan indah dan latar belakang UUM yang cemerlang serta menarik untuk tatapan umum”.

Tags: terkini