Memburu Ilmu, Membakar Semangat Kolej Vokasional Gerik Perak Di Hari Konvokesyen

on . Posted in Komuniti

Oleh: H. Rasidah H. Rodzi

Gambar oleh: Anjung Tamu

MEMBURU ILMU MEMBAKAR SEMANGAT KOLEJ VOKASIONAL GERIK PERAK DI HARI KONVOKESYEN

SINTOK - Menggalak dan memotivasikan pelajar menyambung pelajaran ke universiti awam merupakan agenda penting Kolej Vokasional Gerik, Perak yang sampai ke UUM semasa Konvokesyen sedang berlangsung dengan gahnya.

 

Menyokong agenda murni ini, Pengetua Inapan Siswa SME Bank, Zahril Anwar Malek Abdul Hamid serta Ex-officer 1 program, Ahmad Zulhilmi Abdul Gafour yang turut menyambut mesra kedatangan Kolej Vokasional Gerik di UUM Welcome Centre.

 

Jelaslah, 40 pelajar kolej tersebut bersama guru pengiringnya, Noraini Abdul Ghani ingin merasai suasana ketika Majlis Konvokesyen supaya aura graduan dapat dikongsi bersama sebagai suntikan ilmu “one step to UUM”.

 

Malah, Discover UUM juga rancak mengundang mereka untuk sama-sama menghirup udara Konvokesyen yang pastinya meninggalkan pelbagai kenangan manis.

 

Selain itu,, rata-rata pelajar tersebut teruja melihat warna jubah graduan UUM yang menarik lagi cantik diperagakan oleh graduan dengan penuh kebanggaan.

 

Dalam memeriahkan suasana, graduan dari Indonesia, Masnawaty turut meraikan konvokesyen dengan bergambar di Welcome Centre pada hari yang sama.

 

Menurut beliau,

“UUM sangat menginspirasikan untuk belajar, fasilitas lengkap serta lingkungan persekitaran yang nyaman sekali”.

 

Kehadiran graduan ke Welcome Centre berjaya memberi goncangan jiwa kepada pelajar supaya terus berusaha.

 

Gabungan ini sekaligus mampu membakar semangat mereka untuk memburu kejayaan.

 

Tags: terkini