Profesor Kehormat UUM Sampai Syarahan Sulung

on . Posted in Komuniti

Oleh: Pusat Pengajian Undang-Undang

Gambar oleh: Muhammad Shamsul Shafie

Profesor Kehormat UUM Sampai Syarahan Sulung

SINTOK - Profesor Kehormat Universiti Utara Malaysia (UUM), Dato’ Dr. Afifi al-Akiti telah menyampaikan syarahan sulungnya yang bertajuk “Approaching Knowledge: Religious or Secular” bertempat di Dewan Seminar A, Pusat Konvensyen baru-baru ini.

 

Syarahan beliau menyentuh beberapa perkara antaranya moto UUM iaitu Ilmu, Budi, Bakti yang perlu dihayati dan membawa pengertian mendalam serta Isu pengajaran dan pembelajaran sama ada bersifat sekularism atau keagamaan.

 

Dalam konteks moto UUM, Dato’ Dr. Afifi telah membandingkan moto UUM dengan moto universiti terulung iaitu Universiti Oxford, yang berbunyi Dominus Illuminatio Mea(bermaksud: The Lord is my life).

 

"Moto tersebut meletakkan keagungan Tuhan sebagai inspirasi keagamaan yang sebenarnya cuma berkisar mengenai pengajaran dan pembelajaran ilmu sahaja (berlandaskan keagamaan).

 

Namun moto tersebut tidak termasuk berbudi kepada masyarakat, dan juga tidak menyentuh bab berbakti kepada umum, sebagaimana ditekankan dalam moto UUM.

 

Oleh yang demikian, warga UUM sepatutnya berbangga mempunyai moto yang menyeluruh Ilmu, Budi, Bakti dan mengukuhkan pemahaman mengenai konsep-konsep yang ditekankan dalam moto tersebut," ujarnya

 

Bagi isu pengajaran dan pembelajaran sama ada bersifat secularism atau keagamaan pula katanya, universiti-universiti terawal di dunia sebenarnya memulakan pengajaran dan pembelajaran berlandaskan keagamaan, mengajar subjek-subjek keagamaan, dan menerima pelajar bagi kursus-kursus keagamaan.

 

"Sungguhpun subjek sains dan ilmu perubatan turut diajarkan, namun semuanya berlandaskan keagamaan, dan ramai tokoh ilmuan adalah beragama Islam kerana agama Islam itu sendiri menuntut umatnya untuk belajar dan mengajar.

 

Pada ketika kegemilangan Islam sekalipun, tidak pernah wujud terma “sekular".

 

"Cuma baru-baru ini apabila didebatkan isu Negara Islam/keagamaan barulah timbul isu sekular, subjek-subjek sekular dan pemahaman sekular.

 

Negara barat yang awalnya memperkenalkan konsep sekular, sikit demi sikit telah kembali ke asalnya iaitu keagamaan, sebagai contoh Universiti Oxford, yang meletakkan moto universiti “The Lord is My Life”, mengamalkan bacaan doa sebelum makan/memulakan kelas, muncul agung dan terulung.

 

"Sedangkan universiti-universiti yang pernah gemilang sebelum ini daripada negara-negara Arab dan Islam, telah mula berkonsepkan sekularisme dan ranking/kedudukan/aspirasi mereka telah mulai jatuh ke peringkat yang menyedihkan.

 

Oleh itu, kita kena tetapkan niat dan amalan untuk meletakkan agama sebagai paksi segala tindak tanduk kita," katanya.

 

Tags: terkini