Bengkel Lukisan 3D Asah Bakat Pelajar

on . Posted in Komuniti

Oleh : Pusat Budaya & Seni

Bengkel Lukisan 3D Asah Bakat Pelajar

SINTOK - Seramai 50 orang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menyertai bengkel lukisan 3Dimensi anjuran Kelab Seni Lukis dibawah Pusat Budaya dan Seni (PBS) pada hari ini bertempat di Laman Siswa.

Bengkel yang diadakan di Laman PBS itu bertujuan adalah untuk mengasah lagi bakat para pelajar terhadap seni lukisan terutama lukisan 3D.

Menurut penceramah bengkel tersebut, Encik Amir Azizuddin Qadiri Abd Ghani,” bengkel yang diadakan ini sangat sesuai kepada pelajar terutama mereka yang terdiri dari kelab seni lukis itu sendiri kerana bengkel ini bukan sahaja diajar secara teori malahan turut diajar secara pratikal”.

Tambahnya lagi “ramai dalam kalangan pelajar yang berbakat dalam bidang seni lukis namun mereka tidak mempunyai platform mahupun tenaga pengajar untuk mereka jadikan tempat rujukan, oleh hal demikian secara tidak langsung bengkel ini mampu membimbing mereka dalam bidang seni lukis sedikit sebanyak”.

Dalam bengkel ini juga, peserta dikehendaki melukis apa-apa gambar ke dalam bentuk 3D supaya peserta tidak hanya mendengar tetapi mereka juga turut mempraktisnya.

Menurut salah seorang peserta bengkel ini Cik Nor Samsiah Mohd Razuwe,” saya rasa gembira menyertai bengkel ini kerana ia bukan sahaja memberi pendedahan kepada teknik 3D, tetapi turut membuatnya secara pratikal dan ini merupakan pengalaman pertama saya menyertai bengkel ini.”

Selain daripada melukis, lukisan para peserta turut akan dipamerkan sekitar kawasan Kompleks Budaya Hashim Yasin.

 

Tags: terkini