UUM-MPJA Bincang Potensi Jalin Kerjasama

on . Posted in Komuniti

Oleh: Seksyen Media

UUM-MPJA Bincang Potensi Jalin Kerjasama

TOKYO - Jepun - UUM telah menerima undangan Muslim Professional Japan Association (MPJA) bagi membincangkan tentang potensi menjalinkan kerjasama akademik antara kedua pihak di Shinjuku, Tokyo.

MPJA berbesar hati menerima kehadiran UUM yang turut sudi meneruskan kerjasama jangka masa panjang terutama melibatkan bidang hab halal.

 

Felo penyelidik, Asian Halal Laboratory (AHAL), UUM, Dr Nurhaizal Azam Ariff berkata, potensi yang ternyata boleh dimanfaatkan adalah menerusi kerjasama universiti dan industri yang mana banyak bidang boleh dikembangkan secara bersama terutamanya Halal Profesional Executive yang boleh bertutur dalam bahasa asing seperti bahasa Jepun.

 

Katanya, menerusi kaedah tersebut, UUM boleh menjadi penyumbang utama kerana memiliki tenaga pengajar terlatih di Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP), UUM.

 

Kedatangan delegasi UUM itu telah disambut Presiden MPJA, Akmal Abu Hassan dan Izzul Hadi Rozlan.

 

Tags: terkini