Kelebihan UUM Jadi Tarikan Kepada TCUE Jalin Kerjasama

on . Posted in Komuniti

Oleh: Seksyen Media

Kelebihan UUM Jadi Tarikan Kepada TCUE Jalin Kerjasama

JEPUN - Keindahan UUM dan jumlah pelajar yang ramai menjadi tarikan kepada Takasaki City University Of Economics (TCUE) untuk menjalinkan kerjasama akademik. 

Sehubungan itu, UUM yang diwakili Timbalan Dekan PPA COLGIS, Dr Nurhaizal Azam Arif dan Pegawai Khas Naib Canselor, Dr Herman Shah Anuar dijemput ke TCUE bagi mengadakan perbincangan tersebut di Takasaki, Gunma Prefecture.

 

Pada pertemuan itu, TCUE yang diketuai Presidennya, Prof Hiromichi Ishikawa dan wakil UUM berbincang untuk melaksanakan program mobiliti pelajar, penyelidikan bersama, geran padanan dan double degree.

 

TCUE menyatakan hasrat mereka yang berminat untuk menghantar pelajar TCUE mengikuti kelas intensif Bahasa Inggeris dan proses kemasukan akan diuruskan dengan Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP), UUM.

 

Selain itu, mereka juga teruja dengan keindahan kampus UUM dan jumlah pelajar yang mencecah 30,000 orang berbanding TCUE hanya mempunyai bilangan seramai 4,000 pelajar sahaja, selain kedudukannya di pinggir bandar Takasaki.

 

Tags: terkini