UUM-Senshu University Bakal Jalin Kerjasama Akademik

on . Posted in Komuniti

Oleh: Seksyen Media

UUM-Senshu University Bakal Jalin Kerjasama Akademik

JEPUN - UUM telah menerima undangan Senshu University bagi membincangkan potensi kerjasama yang boleh dilaksanakan antara kedua universiti tersebut yang berlangsung di Kanagawa.

UUM diwakili Timbalan Dekan PPA COLGIS, Dr Nurhaizal Azam Arif dan Pegawai Khas Naib Canselor, Dr Herman Shah Anuar, manakala Senshu University diwakili Profesor, School of Commerce, Prof Dr Yutaka Takahashi; Pengurus, Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa, Wataru Kidokoro; Timbalan Pengurus Bersekutu, Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa, Yuta Yazawa dan Dekan, School of Business Administration, Chae In-Seok.

Kedua-dua universiti ini melihat hubungan kolaborasi itu kelak bakal memberi manfaat besar bukan sahaja untuk mereka tetapi juga hubungan baik antara Malaysia dan Jepun.

Dalam perbincangan itu juga, kedua universiti bakal mengadakan jalinan kerjasama dalam program mobiliti pelajar, penyelidikan bersama, geran padanan dan double degree.

Senshu University yang berusia 140 tahun itu merupakan universiti berorientasikan jurusan perniagaan dengan jumlah pelajar seramai 20,000 termasuk 284 pelajar antarabangsa.

Tags: terkini