UUM-JAIST Intai Peluang Kerjasama Jangka Panjang

on . Posted in Komuniti

Oleh: Seksyen Media

UUM-JAIST Intai Peluang Kerjasama Jangka Panjang

JEPUN - Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak telah dijemput menyampaikan ucaptama beliau di Japan Advanced Institute of Science and Technology (JAIST), Nomi, Ishikawa.

Naib Canselor hadir ke JAIST setelah menerima jemputan daripada Presiden JAIST, Prof Dr Tetsuo Asano.

Selepas itu, beliau telah dibawa melawat melihat kelengkapan dan makmal yang terdapat di JAIST termasuk makmal 'supercomputer' berkapasiti 320TB, perpustakaan yang menyimpan buku-buku klasik yang turut menempatkan koleksi Leornardo Da Vinci, Galileo Galilei serta karya Isaac Newton dan Francis Bacon yang dijadikan sumber inspirasi pelajar untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif.

Kemudian, Naib Canselor telah diberikan taklimat tentang falsafah Presiden JAIST iaitu 'Intellectual Toughness' dan 'Importance Of Change'.

Pada sebelah petang, Naib Canselor telah membincangkan tentang mengadakan Memorandum Perjanjian (MoA) antara UUM dan JAIST yang mana dalam perbincangan itu turut disertai Timbalan Presiden JAIST, Prof Dr Yukari Nagai; Profesor Shungo Kawanishi, Pengarah, Global Communication Center JAIST; Prof Dr Yoji Koda; Prof Dr Michitaka Kosaka dan Prof Dr Asami Shikida.

Dalam perbincangan itu, mereka telah bersetuju untuk mengadakan kerjasama jangka masa panjang dalam aspek mewujudkan geran padanan dalam bidang halal dan logistik serta 'double degree'.

Tags: terkini