28 Pelajar Sertai Upskilling CDC Peers Anjuran CDC

on . Posted in Komuniti

Oleh : Hal Ehwal Pelajar

28 Pelajar Sertai Upskilling CDC Peers Anjuran CDC

LANGKAWI - Pusat Pembangunan Kejaya (CDC), Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan program khusus kepada 28 pelajar  CDC PEER’S.

Pelajar yang menyertai program ini merupakan pelajar semester  tiga hingga semester akhir.

 

Matlamat utama penganjuran program ini adalah untuk meningkatkan dan memantapkan lagi tahap kompetensi  dan sekaligus memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan peserta.

 

Selain itu, program ini bertujuan untuk memantapkan lagi sahsiah diri, kemahiran komunikasi, dan kebolehan mempersembahkan diri di dalam organisasi.

 

Program ini telah dijalankan di Penarak Bamboo Beach Motel, Langkawi selama tiga hari dua malam bermula pada 1  hingga 3 Disember 2016 yang lalu.

 

Penerapan elemen Neuro-linguistic programming (NLP) dan perkongsian kaunseling kelompok turut diselitkan dalam program ini  bagi membantu para sukarelawan Pusat Pembangunan Kerjaya (CDC Peers) menggali ilmu  dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi dunia pekerjaan serta menjadi individu yang  lebih positif.

 

Tags: terkini