UUM Terima Tiga Anugerah Pada Anugerah Buku Negara 2016

on . Posted in Komuniti

Oleh: Mohd Amir Aizat Sainon

Gambar oleh: Shamsaimi Ezil

UUM Terima Tiga Anugerah Pada Anugerah Buku Negara 2016

KUALA LUMPUR - Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak menerima Anugerah Perdana — Tokoh Pengarang Negara sempena Anugerah Buku Negara 2016 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

 
Anugerah berkenaan disampaikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato' Sri Haji Tajuddin Abdul Rahman kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Abdul Malek Abdul Karim yang mewakili Naib Canselor.
 
Selain anugerah itu, Universiti Utara Malaysia (UUM) turut menerima dua lagi anugerah iaitu Anugerah Perdana bagi kategori Penerbit Terbaik (Agensi Kerajaan) dan Anugerah Pengajian Tinggi bagi kategori Buku Ilmiah Popular menerusi buku Najibnomics: Transforming Malaysia To A Higher Income Nation.
 
Kedua-dua anugerah ini diterima oleh UUM Press dan disampaikan kepada pengarahnya, Prof.Madya Dr. Ram Al Jaffri Saad.
 
Hadir sama penulis buku Najibnomics, Dr Irwan Shah Zainal Abidin.
 
Anugerah Buku Negara dianjurkan bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan warga kerja di sebalik tabir industri perbukuan Malaysia agar memberi motivasi kepada penggiat industri buku untuk menghasilkan penerbitan dan buku yang berkualiti setanding dengan buku import.
 
Kategori-kategori anugerah yang dipertandingkan ialah Anugerah Perdana, Anugerah Pengajian Tinggi, Anugerah Industri dan Anugerah Telenovela.
 
Sebelum itu, YB Dato' Sri Haji Tajuddin menyempurnakan perasmian Ekspo Buku Malaysia, Persidangan Buku Antarabangsa dan Anugerah Buku Negara 2016 anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) yang berlangsung dari 14 hingga 18 Disember.

Tags: terkini