Penyelidik Perlu Patuhi Etika Dalam Menjalankan Penyelidikan Berimpak Tinggi

on . Posted in Komuniti

Gambar oleh: Abdul Halim Husain

Penyelidik Perlu Patuhi Etika Dalam Menjalankan Penyelidikan Berimpak Tinggi

SINTOK - Bagi memastikan penyelidikan dan penerbitan menjurus ke arah pencapaian visi dan misi universiti, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) telah menganjurkan Taklimat Etika Penyelidikan, Penerbitan dan Inovasi di Pusat Islam.

Taklimat yang disertai 250 peserta itu disampaikan oleh Prof. Dr. Abdul Latif Ahmad dari Universiti Sains Malaysia merangkap fasilitator AKEPT, Kementerian Pendidikan Tinggi.

 

Tujuan program tersebut adalah bagi memberi pendedahan kepada penyelidik berkaitan tugas, tanggungjawab dan etika penyelidik supaya dapat memperkasa dan membudayakan penyelidikan yang kreatif dan berinovasi.

 

Taklimat itu dirasmikan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Noor Azizi Ismail.

 

Hadir sama, Pengarah RIMC, Prof Dr Ayoib Che Ahmad dan pegawai-pegawai RIMC.

 

Tags: terkini