Naib Canselor Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Menteri Besar Kedah

on . Posted in Komuniti

Oleh: Seksyen Media

Gambar oleh: Muhammad Shamsul Shafie

Naib Canselor Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Menteri Besar Kedah

ALOR STAR - Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Wisma Darulaman.

 

Pada kunjungan tersebut, Naib Canselor memberikan taklimat tentang kemajuan dan projek-projek pembangunan di UUM yang memerlukan bantuan dan sokongan kerajaan negeri, sekali gus bakal memberikan manfaat kepada penduduk negeri Kedah khususnya dalam daerah Kubang Pasu.

 

Selain itu, Naib Canselor turut memaklumkan tentang pencapaian dan pengiktirafan yang dicapai UUM sehingga ke peringkat antarabangsa.

 

Hadir sama Pengarah Canselori, Ahmad Rasidi Abdullah; Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan, Ir Md Uzairin Saidin dan pegawai-pegawai kanan UUM.

 

The Vice-Chancellor of UUM, Prof. Dato' Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak, paid a courtesy call on the Right Honourable Menteri Besar of Kedah, Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, at Wisma Darulaman.

 

During the visit, the Vice-Chancellor gave a briefing on the progress of UUM and the development projects under its auspices which required assistance and support from the state government. That is, projects which, when completed, would, at one fell swoop, also benefit the people of the state of Kedah, especially those residing in the district of Kubang Pasu.

 

Apart from this, the Vice-Chancellor also apprised the Menteri Besar of the various accomplishments and recognitions that UUM had attained at all levels of engagement right up to the international level.

 

Also present were the Director of the Chancellery, Mr. Ahmad Rasidi Abdullah; the Director of the Development and Maintenance Department, Ir Md Uzairin Saidin, and senior officers of UUM.

 

Tags: terkini