TNC HEPA Tutup Kursus Pengurusan Hospitaliti SAC

on . Posted in Komuniti

Oleh : Hal Ehwal Pelajar

TNC HEPA Tutup Kursus Pengurusan Hospitaliti SAC

SINTOK - Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumi (HEPA) Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Abdul Malek Abdul Karim menutup Kursus Pengurusan Hospitaliti Tahap 1 di Dewan Pusat Penginapan Pelajar (SAC).

Kursus untuk Pengurus Asrama, Penolong Pengurus Asrama dan penyelia itu diadakan dalam 12 pertemuan mulai 4 Oktober hingga 4 Disember lalu.

 

Dr Abdul Malek dalam ucapannya yakin mereka yang diberi pengetahuan secara teori dan praktikal tentang pengurusan asrama, makanan, sanitasi dan penyenggaraan fasiliti asrama ini akan berusaha untuk meningkatkan kualiti dalam perkhidmatan ini.

 

‘Saya berharap peserta yang mengikuti kursus ini berkeupayaan membuat pemeriksaan dengan lebih teliti berdasarkan ilmu yang dipelajari,’ujar beliau lagi.

 

Sementara itu Pengarah SAC Noor Azman Yusof dalam ucapan aluannya berkata, kursus yang dianjurkan ini diadakan untuk meningkatkan keyakinan staf semasa membuat pemeriksaan kafeteria serta memberi pendedahan tentang kawalan harga kos bagi membolehkan harga makanan yang dijual di premis dapat dikawal.

 

Tags: terkini