ENACTUS UUM Duduki Tempat Ketiga ASEAN Young Entrepreneurs Challenges 2017

on . Posted in Komuniti

Oleh: Nordiana Shafiee

Gambar oleh: CEDI

ENACTUS UUM Duduki Tempat Ketiga ASEAN Young Entrepreneurs Challenges 2017

Pasukan ENACTUS UUM yang diwakili Mohamad Varel Marentama dan Tan Lie Chin telah menduduki tempat ketiga dalam The ASEAN Young Entrepreneurs Challenges 2017 yang berlangsung selama seminggu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dan Tangkak, Johor.

 

Ahli ENACTUS dari Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI) itu membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM5,000.

 

Pertandingan anjuran Dewan Aminuddin Baki, UKM dengan kerjasama Pusat Pembangunan Keusahawanan & EKS, UKM itu mengetengahkan 40 universiti seluruh ASEAN yang mengambil bahagian termasuk tujuh universiti dari Malaysia.

 

Pertandingan antarabangsa yang berlangsung selama enam hari itu bertujuan memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar universiti dan mewujudkan rangkaian antara universiti ASEAN melalui pertandingan keusahawanan.

 

Johan dan naib johan bagi pertandingan itu dimenangi pasukan dari Universiti Malaya (UM) yang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 dan RM7,000.

 

Sepanjang pertandingan itu, peserta mengikuti aktiviti cabaran pemasaran atas talian, keusahawana  pelancongan, pembangunan produk pelancongan, cabaran jualan dan 'pithing challenge'.

 

Tags: terkini