TETAMU MOROCCO HARGAI ATMOSFERA SEMULA JADI

on . Posted in Komuniti

Oleh: H. Rasidah H. Rodzi

Gambar oleh: Anjung Tamu

TETAMU MOROCCO HARGAI ATMOSFERA SEMULA JADI

 SINTOK - Sesak dengan batu konkrit yang ditempuhi setiap hari membuatkan kita seringkali mencari ketenangan dan kedamaian.

 

Bersatu dengan kesempurnaan alam yang menjadi fokus utama, UUM telah membina sebuah Welcome Centre yang menjadi tumpuan tetamu yang datang dari seluruh pelusuk dunia.

 

Kian hari makin dikenali, dihujani dengan permintaan yang tidak putus-putus untuk melawat gerbang informasi ini.

Serentak dengan itu, tetamu istimewa berasal dari Magribi yang dalam bahasa Arab, Al-Mamlakah al-Maġribiyyah-المملكة المغربية‎, turut mengisi masa bersama isteri untuk Discover UUM semasa persinggahan di Welcome Centre. 

Kalungan bunga Selamat Datang ke UUM telah diberi kepada Syaikh Dr. Khalid Zahri seorang tokoh dalam bidang akidah dan merupakan pakar manuskrip di Perpustakaan diRaja Magribi.

Mengiringi beliau, Dekan, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP), Prof. Madya Dr. Kamarudin Ahmad serta Dr. Mohamad Khadafi Haji Rofie. 

Umum mengetahui, sejarah Maghribi atau dikenali sebagai Morocco telah menjangkau lebih dari dua belas abad.

Bertuahnya bumi Sintok menerima tetamu dari Maghribi sebuah negara yang mengamalkan raja berperlembagaan manakala nama penuh untuk Maghribi dalam bahasa Arab bermaksud "Kerajaan Barat".

Sementara itu, nama Morocco yang digunakan dalam banyak bahasa yang lain berasal daripada nama Marrakech, ibu kotanya yang dahulu. 

Dengan tawaran hembusan kedamaian rimba hijau yang tersedia di persekitaran kampus, pengalaman berkunjung ke UUM Welcome Centre memberi ilham kepada beliau.

Kata beliau, “I think that the most important and beautiful university is UUM”

Tags: terkini