SQS ONLINE : PROGRAM JALINAN SQS DAN SEMESTI

on . Posted in Komuniti

Oleh : Dr. Nerda Zura Zaibidi

Gambar oleh : QUSAC, SQS

SQS ONLINE - PROGRAM JALINAN SQS DAN SEMESTI

SINTOK - SQS telah menerima lawatan daripada Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI), salah sebuah sekolah berasrama penuh di Malaysia yang juga sekolah kluster kecemerlangan pada 9 April 2017 yang lalu.

 

Lawatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah ini adalah untuk menjayakan program jalinan SEMESTI bersama Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS), UUM.

 

Delegasi SEMESTI terdiri daripada 34 pelajar Tingkatan 5 yang cemerlang dalam subjek Matematik Tambahan diiringi oleh dua orang guru pengiring iaitu Cikgu Rohaya Morat yang merupakan guru cemerlang Matematik Tambahan, dan Cikgu Azmizan  guru Matematik.

 

Delegasi SEMESTI mengadakan kunjungan ke Anjung Tamu dan juga Perpustakaan Sultanah Bahiyah.

 

Pada kunjungan tersebut juga, pelajar diberikan taklimat mengenai program yang ditawarkan di SQS dan pendedahan mengenai prospek dan kerjaya di industri dalam bidang Matematik. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Engku Muhammad Nazri Engku Abu Bakar.

 

Turut diadakan adalah aktiviti berkumpulan permainan berasaskan pengetahuan matematik yang dikendalikan oleh Persatuan Pelajar Sains Kuantitatif (QUSAC). 

 

Rata-rata pelajar berasa teruja dengan lawatan tersebut dan aktiviti-aktiviti dijalankan sepanjang program berlangsung.

 

Program ini turut dihadiri Dekan, Prof. Dr. Sharipah Soaad Syed Yahaya dan Timbalan Dekan, Dr. Nerda Zura Zaibidi.

 

Dalam ucapan aluan, Dekan menekankan kepentingan menjalinkan hubungan antara pihak sekolah dan universiti dalam menentukan halatuju pelajar pada masa hadapan dan kepentingan menguasai subjek matematik dan matematik tambahan di peringkat sekolah.

 

Tags: terkini