INDIA: MUGHAL HOLIDAYS PVT. LT MERISIK UUM

on . Posted in Komuniti

Oleh: H. Rasidah H. Rodzi

Gambar oleh: Anjung Tamu

INDIA- MUGHAL HOLIDAYS PVT. LT MERISIK UUM

SINTOK - “We received a very humble and warm welcome from the staff at UUM Welcome Centre.”

 

Demikianlah ucapan yang merupakan satu petanda baik bagi mempromosikan UUM ke India dengan hadirnya delegasi dari Mughal Holidays Pvt. Ltd. yang menunjukkan minat mendalam terhadap universiti pengurusan terkemuka.

 

Langkah pertama mereka tentunya bermula di UUM Welcome Centre.

 

Mughal Holidays Pvt. Ltd. yang ditubuhkan pada tahun 1998 berpengalaman dalam mengendalikan hal ehwal pelancongan selama 27 tahun. 

 

Maka tidak hairanlah banyak cawangannya yang membuatkan pelancong membuka mata untuk melancong bersama Mughal Holidays ke Goa, Kerala, Kashmir, Srinagar, Mumbai, Leh, Amritsar dan banyak lagi tempat yang melahirkan selebriti dan bintang tersohor Bollywood.

 

Sementara itu, melalui Discover UUM, satu lagi terusan kerjasama terbina di antara Malaysia-India.

 

Managing Director, Mughal Holidays Pvt. Ltd., Arshid Rashid berkata,

“We learned a good deal about the campus and the history.”

 

“We are very fortunate to get the opportunity to explore the beautiful campus.”

 

Hadir sama, Karuppiah yang turut berbangga dengan UUM di rimba hijau serta staf Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC).

 

Tags: terkini