KERJASAMA ALUMNI DALAM PEMBANGUNAN PELAJAR UUM CAS

on . Posted in Komuniti

Oleh : Pejabat Pembangunan Pelajar & Alumni CAS

KERJASAMA

SINTOK - Persaingan semakin mencabar untuk memasuki alam pekerjaan menyebabkan para graduan terutamanya pelajar tahun akhir perlu memikirkan kaedah yang lain.

Menyedari keadaan ini, alumni boleh memainkan peranan pemangkin ke arah membentuk dan menghasilkan graduan yang kompetitif dan berdaya saing.

Satu perjumpaan telah diadakan bersama Pn. Norlida, Business DevelopmentManager, dari EKG Network Sdn Bhd diantara PPA CAS yang diketuai oleh Dekan PPA, dan Timbalan Dekan, untuk membincangkan langkah-langkah.

Cik Norlida yang juga merupakan alumni Universiti Utara Malaysia Ijazah Sarjana Muda teknologi Maklumat (BIT) turut ingin sama membantu melalui syarikatnya untuk membina kemahiran yang diperlukan dalam kalangan graduan UUM CAS untuk membentuk mereka menjadi graduan yang lebih kompeten dalam memenuhi keperluan masa kini. 

Dalam pertemuan di Manager’s Coffee ini, Dekan PPA CAS telah bersetuju bekerjama meningkatkan kemahiran graduan sebelum mereka menamatkan pengajian seperti program persediaan menghadiri temu duga, dan meningkatkan keyakinan diri.

 

Tags: terkini