TIDAK PUAS BERADA DI SINI - SAC DATO' MAZLAN

on . Posted in Komuniti

Oleh: H. Rasidah H. Rodzi

Gambar oleh: Anjung Tamu

TIDAK PUAS BERADA DI SINI psd

SINTOK - Dalam arus kesibukan kampus yang terus memacu sebagai universiti pengurusan terkemuka, masih ramai tetamu bertali arus ke kampus edutourism yang terletak di utara. Walaupun lawatan hanya mampu diabadikan pada situasi yang indah, namun penghargaan terhadap alam tetap diangkat menjadi peneman sisi kehidupan.

 

Begitu juga Welcome Centre yang dikunjungi oleh Ketua Penolong Pengarah Koordinasi Sumber/Sokongan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur, SAC Dato’ Mazlan Kesah baru-baru ini. 

 

Malahan, tapak Welcome Centre yang dahulunya hanya sebuah bangunan kawalan keselamatan yang telah diubah konsep asalnya kepada sentuhan reka bentuk yang berkonsepkan rumah tradisional dan moden kini menjadi kerinduan yang tidak berbelah bagi untuk tetamu yang silih berganti.

 

Dalam konteks ini, kunjungan Dato’ Mazlan ke UUM besar impaknya dalam menjalin kolaborasi berterusan.

 

Menurut beliau, “Saya berasa amat bertuah kerana dapat menikmati lawatan ini.”

 

“Tempat ini amat menarik dan santai serta penuh artistik.”

 

“Tidak puas berada di sini.”

 

“Tentunya idea tempat ini datangnya dari Naib Canselor yang mengagumkan!.”

 

Hadir sama, Pengarah Pusat Alumni, Supt/KS. Syamsyul Che Mey serta Pengarah Jabatan Keselamatan, DSP/KS. Mohd. Zulkifli Mohd. Noor.

 

Tags: terkini