WOW! SERONOK SANGAT LITTLE CALIPHS KINDERGARTEN

on . Posted in Komuniti

Oleh: H. Rasidah H. Rodzi

Gambar oleh: Anjung Tamu

WOW SERONOK SANGAT LITTLE CALIPHS KINDERGARTEN

 

SINTOK - Telatah 40 si comel dari Little Caliphs Kindergarten, Jalan Langgar, Alor Setar Kedah yang tiba ke UUM Welcome Centre menaiki bas tidak mungkin dilupakan. Ini merupakan antara cawangan Little Caliphs Kindergarten yang mempunyai 250 cawangan seluruh Malaysia.

 

Cuti-cuti di UUM untuk melihat apa yang menarik di sekitar kampus bermula di Welcome Centre. Kegembiraan terpancar di wajah mereka sebagai kanak-kanak yang ingin kenali sesuatu yang baru.

 

Menurut cikgu Raihana Abdul Hamid yang menguruskan lawatan ini, 

 

“Anak-anak yang datang ke UUM berusia empat dan lima tahun.”

 

“Sepanjang perjalanan mereka sungguh excited untuk melawat Taman Rusa dan Ladang Ostrich.”

 

“Ini merupakan lawatan pertama untuk memperkenalkan binatang yang memang wujud kepada mereka bukan berdasarkan gambar semata-mata yang dipelajari di tadika.”

 

“Terima kasih kepada UUM yang sudi menerima lawatan ini, sekurang-kurangnya anak-anak dapat keluar dari persekitaran biasa untuk melihat dunia dan persekitaran yang luar biasa.”

 

“Jelaslah melalui lawatan ini, Little Caliphs Kindergarten Jalan Langgar sangat seronok Discover UUM,” ujar beliau lagi.

 

Tags: terkini