JASAMU UUM TETAP DIKENANG - DATO' ABDUL HALIM

on . Posted in Komuniti

Oleh: H. Rasidah H. Rodzi

Gambar oleh: Anjung Tamu

JASAMU UUM TETAP DIKENANG - DATO ABDUL HALIM

SINTOK - “UUM telah muncul sebagai salah sebuah universiti pengurusan yang terunggul di Malaysia, berdiri megah setanding dengan universiti-universiti lain termasuk di peringkat antarabangsa”, kata-kata Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Pengurusan), Jabatan Imigresen Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman yang merupakan Alumni UUM tahun1990-1994. 

 

Kedatangan beliau dinanti di UUM Welcome Centre, nasihat beliau dihargai sebagai Alumni yang telah berjaya mencipta nama sebagai pemimpin yang dihormati.

 

Sekitar Discover UUM, beliau melahirkan rasa bangga tatkala melihat sejarah permulaan UUM hingga pencapaian kini yang sudah menjangkau 33 tahun.

 

Senada itu, lawatan di Rumah Tengah yang penuh berisi gambar-gambar sejarah penubuhan awal telah menggamit kenangan malah mengusik jiwa beliau. Apatah lagi pahit manis beliau sebagai pelajar di awal Sintok mengorak wajah. 

 

Dalam pada itu, Bilik Mesyuarat Eksekutif Welcome Centre yang pada pendapat beliau kondusif dan mesra alam memberi inspirasi kepada delegasi Jabatan Imigresen Malaysia.

 

Sejurus selepas lawatan, beliau meluangkan masa di Gift Shop Welcome Centre bagi meninjau produk promosi UUM untuk dijadikan sebagai cenderamata kepada staf Jabatan Imigresen Malaysia yang turut serta.

 

“Tahniah UUM. Jasamu UUM tetap dikenang”, ucap beliau sebelum beredar dari serambi informasi ini.

 

Hadir sama, Pengarah Jabatan Canselori, Ahmad Rasidi Abdullah, Pengarah Jabatan Keselamatan, DSP/KS Mohd. Zulkifli Mohd. Noor @ Muhammad.

 

Tags: terkini