MACAM-MACAM AUDIT ADA - MAJLIS DAERAH KUBANG PASU KEDAH

on . Posted in Komuniti

Oleh: H. Rasidah H. Rodzi

Gambar oleh: Anjung Tamu

MACAM-MACAM AUDIT ADA - MAJLIS DAERAH KUBANG PASU KEDAH

SINTOK - Kebersihan merupakan lambang keperibadian seseorang serta imej sesebuah masyarakat. 

 

Isu kebersihan tandas awam juga merupakan perkara yang serius perlu dititikberatkan.

 

Oleh yang demikian, Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP), Kedah sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap kebersihan awam dan persekitaran termasuklah kebersihan tandas awam.  

 

Jelaslah penganjuran Hari Tandas Sedunia yang disambut pada 19 November setiap tahun bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga kesihatan dan kebersihan termasuklah menjaga kebersihan tandas.

 

Dalam konteks tersebut, perkara petama yang diterapkan ialah kebersihan dan kehijauan kampus di UUM Welcome Centre telah menarik perhatian seramai lapan juruaudit Pertandingan Peringkat MDKP untuk menilai tahap kebersihan tandas awam yang digunapakai oleh tetamu, pengunjung, pelanggan dan pelancong yang silih berganti datang dan pergi.

 

Justeru, harapan MDKP supaya kesedaran dapat ditingkatkan secara berterusan agar budaya amalan kebersihan diaplikasikan bersama.

 

Ahli Majlis Auditan Pertandingan selaku Ketua Audit, Yusof Yaakob menjelaskan bahawa memelihara kebersihan tandas merupakan satu cabaran kerana ianya melibatkan reka bentuk tandas, sistem pengurusan, teknologi, tenaga kerja dan kelengkapan yang digunakan dalam sistem penyenggaraan.

 

Menurutnya, Welcome Centre satu-satunya lokasi yang dipilih oleh MDKP untuk dinilai tahap kebersihan tandas awam tanpa memaklumkan hari dan masa kedatangan mereka supaya situasi sebenar kebersihan tandas awam dapat dinilai.

 

Selepas taklimat ringkas diberikan oleh Welcome Centre tentang tahap penggunaan tandas awam serta selesai penilaian, kata beliau lagi,

“Tempat yang terbaik bagi memperkenalkan UUM kepada pengunjung.”

 

Walau bagaimanapun, kerjasama padu Jabatan Pembangunan & Penyenggaraan UUM yang memikul tanggungjawab besar dalam memastikan tandas-tandas di dalam kampus memenuhi Standard Operating Procedure (S.O.P) amat dihargai sekaligus MDKP terpanggil untuk menyenaraikan UUM Welcome Centre sebagai salah satu lokasi untuk dinilai dalam pertandingan peringkat MDKP.

 

Tags: terkini