SEFB FINANCIAL PLANNING DAY

on . Posted in Komuniti

Oleh : SEFB

SEFB FINANCIAL PLANNING DAY

SINTOK - Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankkan (SEB) dan  Kelab Pelajar Finance and Banking Society (FABs) telah menganjurkan satu bengkel bagi memupuk kesedaran kepada generasi muda tentang kepentingan perancangan kewangan.

Dengan slogan “Aspiring Financial Independence at Young Age”, pelajar-pelajar dapat mempelajari teknik-teknik yang betul bagi merancang kewangan seperti pemilihan pelaburan, persediaan perlindungan pendapatan, perancangan pendidikan, perancangan persaraan dan juga perancangan pengagihan harta.

Bengkel perancangan kewangan ini juga dilihat dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan sijil profesional di dalam bidang perancangan kewangan melalui kerjasama dengan Malaysia Financial Planning Council (MFPC).

Ceramah telah  disampaikan oleh Mr. Edward Ooi dari VKA Wealth Planner dan juga Mr. Vincent Choong dari MFPC.

Pelajar-pelajar SEFB juga diberi peluang untuk mendaftarkan diri di VKA bagi program “internship” yang terdapat di syarikat tersebut.

Menurut CEO syarikat VKA Wealth Planner, Dato’ Javern C. H. Lim, peluang menjalinkan kerjasama diantara SEFB dan VKA dilihat dapat membantu industri perancangan kewangan di Malaysia dalam melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang perancangan kewangan. 

Tags: terkini