KEBERSAMAAN KOLEJ TEKNOLOGI PERAK ADA NILAI TERSENDIRI

on . Posted in Komuniti

Oleh: H. Rasidah H. Rodzi

Gambar oleh: Anjung Tamu

KEBERSAMAAN KOLEJ TEKNOLOGI PERAK ADA NILAI TERSENDIRI

SINTOK - Kebersamaan adalah aspek yang sangat penting dalam merealisasikan lawatan Kolej Teknologi Perak (KTP) yang disertai seramai 38 pelajar dalam bidang Pengurusan Hotel dan Kulinari bersama 4 pensyarah bagi mengenalpasti corak hospitaliti yang boleh diikuti semasa mereka Discover UUM.

 

Malah, kebersamaan (togetherness) mampu mempersatukan mereka dan tampil dengan gaya ceria dan semangat yang tinggi di UUM Welcome Centre. sambil mengenal fasiliti, program akademik di luar kawasan KTP

 

Melihat kepada kebersamaan dan keserasian mereka, bak kata, 

“Jika ingin berjalan cepat, berjalanlah sendirian tetapi jika ingin berjalan jauh, maka berjalanlah bersama-sama.”

 

Selain lawatan yang didahului dengan penyampaian infomasi awal mengenai kampus UUM, sejarah, peta serta perkembangan, tempat menarik juga diperkenalkan sebagai lokasi pelancongan.

 

Menurut pensyarah KTP selaku ketua delegasi, Nur Arena Zarifah Abdullah,

“Apa yang dilakukan oleh Welcome Centre perlu diteruskan agar dapat memperkenalkan UUM ke peringkat yang lebih tinggi.”

 

“Pendedahan yang baik dan taklimat jelas.”

 

“Tercapai objektif untuk mendapat pendedahan tentang bidang hospitaliti yang terbaik untuk dipelajari.”

 

Terima kasih kepada Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM) yang memberi kerjasama dalam mempromosikan UUM kepada KTP.

 

Tags: terkini