Syamsul Debat Bicara Ramadan

on . Posted in Komuniti

Oleh: Siti Fatimah Abdullah

Gambar oleh: Abdul Halim Husain

Syamsul Debat Bicara Ramadan

SINTOK - “Jangan lakukan perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa seperti bersangka buruk dengan orang, tonton tv sehingga mengundang nafsu, mengumpat, hari ini mengumpat bukan sahaja dengan mulut tetapi dengan tangan seperti Whatapps, Facebook dan Twitter.

 

“Kaum perempuan ingat sikit, tutup aurat bukan balut aurat, pesan pada anak-anak jangan pakai baju ketat sehingga lelaki tidak rasa harmoni.

 

“Bukan tak boleh ke Bazar Ramadan tetapi macam-macam jumpa yang kita tak boleh elak, melihat aurat dan wanita berpakaian seksi,” pesan Syamsul Debat dalam Institutional Building Talk Show Bersama Ustaz Syamsul Debat - Mahabbah Ramadan: Masyarakat Harmoni anjuran Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) dengan kerjasama Pusat Budaya dan Seni di Dewan Seminar A, Kompleks Konvensyen, baru-baru ini.

 

Jelasnya, lepas Asar merupakan waktu kritikal bagi lelaki kalau ikut cara nabi, pada waktu Asar baginda lagi kuat beribadah, mengaji, berzikir memandangkan sudah dekat waktu berbuka yang penuh barakah.

 

“Sheikh Adham berkata kalau nak buat maksiat tanya 5 soalan ini dulu, cari tempat yang Allah tidak nampak, jangan makan rezeki yang Allah bagi, jangan duduk atas muka bumi Allah. 

 

“Ketika malaikat nak cabut nyawa kau minta tangguhkan, dan tatkala masuk dalam neraka minta tangguh nanti dulu biar aku beribadah, jangankan 5 satu pun tak boleh jawab,” ujarnya.

 

Hai orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa.

    (surah Al-Baqarah: 183)

 

Sasaran kita ialah takwa bagaimana nak capai takwa? Dekat dengan Allah dan terdapat 4 latihan untuk mendapat takwa antaranya takut pada Allah.

 

“Kita yakin Allah sentiasa melihat kita, kita tak minum kerana tahu Allah Nampak, dalam bulan ramadan dan keluar Ramadan bertakwa ini tidak, dalam Ramadan pun masih cari ‘ayam’ di Thailand,” ujarnya.

 

Kedua, tambahnya, beramal dengan apa yang diturunkan Allah, berbuka dengan sunah nabi, zikir, berdoa pada malamnya diisi dengan terawih, membaca Al-Quran, tadarus bacaan bersemak sekiranya tidak ada ilmu, perlu belajar. 

 

Ketiga, Qanaah iaitu berpada dengan yang sedikit, macam mana nak ingat orang susah kalau kita makan lebih teruk dari bulan tidak puasa paling menyedihkan, dalam bulan puasa bertan-tan makanan dibuang begitu sahaja.

 

“Keempat, persiapan untuk hari kebangkitan, dunia bukan tempat tinggal tapi tempat meninggal jadi bulan puasa kita paling banyak buat kebajikan, sedekah dan belum pernah sedekah memiskinkan orang, yang tak mampu bagi duit masak jamu orang berbuka.

 

Kita ni sahur complete, puasa cukup dengan tadaraus, sedekah tetapi malam raya terus muflis, sibuk main mercun sebaik sahaja terjaga tidur dah habis sembahyang raya.

 

“Jangan muflis pahala sepatutnya malam raya hidupkan dengan takbir bukan dengan mercun sebab nabi tak ajar benda sia-sia dan satu lagi berbual ketika khutbah harus dielakkan,” luahnya.

 

Pada majlis sama, beliau turut menyerahkan Bakul Ramadan berupa barang keperluan harian kepada 10 staf Uniutama Property Sdn Bhd (UPSB) bagi meringankan bebanan mereka.  

 

Tags: terkini