Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing

on . Posted in Komuniti

Oleh: IPDM

berat sama dipikul

CHANGLUN - Bersempena menyambut kedatangan Syawal tidak lama lagi, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang tidak ketinggalan dalam memberikan sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan. 

Tidak ketinggalan, Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu, Yang Berhormat Dato’ Sri Mohd Johari Baharum telah hadir dan memberi sumbangan dalam Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan yang diadakan di Dewan Seri Teja, Taman Teja Changlun.

 

Sebanyak 20 penerima yang telah terpilih untuk menerima bantuan terdiri daripada keluarga susah, sakit dan orang kelainan upaya (OKU) telah menerima bantuan barakah berserta sumbangan duit yang telah diuruskan oleh Parlimen Kubang Pasu dengan kerjasama Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM).

 

Program ini merupakan Siri ke-3 bagi program Bakul Ramadhan yang telah dijalankan oleh IPDM.

 

Yang Berhormat Dato' Sri Mohd Johari Baharum berkata, sebagai umat islam kita perlulah sentiasa membantu antara satu sama lain. 

 

Keprihatinan yang ditunjukkan adalah bertepatan dengan ajaran Islam yang menggalakkan umatnya supaya memberi pertolongan dan bantuan kepada orang-orang yang susah samaada dari segi harta benda, kewangan dan sebagainya.

Turut hadir, isteri kepada Yang Berhormat Dato' Sri Mohd Johari Baharum, Datin Maziah Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Surau Taman Teja, Ustaz Rosli Long, Wakil IPDM Encik Mohd Hilmi Noordin dan penduduk Taman Teja Changlun.

 

Tags: terkini