PROGRAM IJAZAH DOKTOR PENDIDIKAN (Ed.D) AKAN DITAWARKAN DI AHSGS

on . Posted in Komuniti

Oleh: AHSGS

 PROGRAM IJAZAH DOKTOR PENDIDIKAN Ed.D AKAN DITAWARKAN DI AHSGS

UUMKL - Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences telah mengadakan Mesyuarat Kali Pertama Jawatankuasa Pengajian Program Baru Ijazah Doktor Pendidikan (Ed.D) yang telah dipengerusikan oleh Dekan AHSGS, Prof Dr. Norshuhada Shiratuddin.

Jawatankuasa yang terdiri daripada kalangan pakar-pakar akademik dalam bidang pendidikan dan juga tokoh-tokoh industri telah bersama-sama membantu dalam menilai pembangunan program ini.

 

Menurut Prof Dato’ Dr. Ab Halim Tamuri yang juga merupakan Rektor KUIS, “saya menyokong penuh usaha UUM dalam menawarkan program ini. Prospek dan pasarannya amat luas dan saya yakin UUM akan berjaya dengan program baru ini”.

 

Dalam pada itu, Prof Dr. Norshuhada berkata “ bagi pihak UUM, kami amat berterima kasih dengan input dan maklumbalas yang telah diberikan oleh ahli-ahli panel. AHSGS berharap program ini dapat ditawarkan untuk kemasukan Semester Februari 2018 yang akan datang”.

 

Turut sama hadir ke mesyuarat tersebut ialah Prof Dr. Nurahimah Mohd Yusoff dan beberapa penyarah dari Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden yang merupakan antara tonggak utama disebalik penawaran program ini.

 

Tags: terkini