RAMADAN DI HATI DELEGASI UNIVERSITAS JAYABAYA JAKARTA

on . Posted in Komuniti

Oleh: H. Rasidah H. Rodzi

Gambar oleh: Anjung Tamu

lawatan

SINTOK - Tingkatkan amal, tambahkan ikhlas di bulan Ramadan Al Mubarak ini. Begitu juga yang dihayati oleh lima delegasi Universitas Jayabaya (UJ), Indonesia yang diketuai oleh Ketua Timbalan UJ, Prof. Dr. J.H. Sinaulan S.H.

 

Ramadan yang tiba dilimpahkan rahmat agar hubungan antarabangsa bertambah erat serta membuka ruang kerjasama yang berimpak tinggi bagi UUM-UJ.

 

Menurut Prof. Dr. J. H. Sinaulan,

“Kerjasama dalam bidang akademik dan juga lain-lain bidang yang berkaitan membawa UJ ke Sintok.”

 

Dalam pada itu, delegasi jelas menunjukkan minat untuk Discover UUM dengan bertanyakan pelbagai soalan sambil mengamati gambar yang dipaparkan di Rumah Tengah Welcome Centre.

 

“Sangat berinformatif, mesra sambutan,” ujar Dosen Program Doktor Ilmu Hukum, Dr. H. Yuhelson, SH. MH.Mkn.

 

Semoga delegasi mendapat manfaat di bulan yang banyak keistimewaannya semasa lawatan antarabangsa ini yang diatur oleh Pusat Pengajian Undang-Undang (SOL) UUM COLGIS. Hadir mengiringi delegasi, pensyarah Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, Dr. Donny Abdul Latief Poespowidjojo .

 

Tags: terkini