DUNIA MATEMATIK DI MATA SM SAINS TELUK INTAN PERAK

on . Posted in Komuniti

Oleh: H. Rasidah H.Rodzi

Gambar oleh: Anjung Tamu

DUNIA MATEMATIK DI MATA SM SAINS TELUK INTAN PERAK

SINTOK - Memperkenalkan UUM kepada pelajar Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI), Perak tentu sekali menjadi objektif utama supaya mereka dapat membuat pilihan yang tepat demi masa depan yang gemilang.

 

“Mendedahkan pelajar Tingkatan 5 yang datang pula amat bermakna untuk kenali Universiti Pengurusan Terkemuka,” menurut guru cemerlang Matematik Tambahan, Rohaya Morat yang mengiringi 34 pelajar dan ahli Jawatankuasa Kebitaraan/Kluster Matematik untuk Discover UUM.

 

“Sangat menarik apabila melihat ada ciri-ciri alam semulajadi dan sifat kemelayuan diterapkan,” tambah beliau lagi yang asyik mendengar taklimat tentang sejarah penubuhan Welcome Centre.

 

SEMESTI yang merupakan sekolah kluster kecemerlangan menjalin kerjasama dengan Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) UUM CAS dilihat dapat membakar semangat pelajar dengan pelbagai aktiviti yang telah disusun termasuklah tujuan mereka untuk mengenalpasti kepentingan matematik yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

 

Usaha murni Persatuan Sains Kuantitatif (QUSAC) terkesan dengan membuka peluang kepada pelajar bagi mendalami ilmu Matematik.

 

Dalam pada itu, Mohd. Norazamin yang juga guru matematik berkata,

“Universiti yang sangat menarik dan mementingkan pemeliharaan hutan.”

 

Universiti di rimba hijau menjadi kebanggaan SEMESTI setelah dua orang Alumni tahun 1996 berkhidmat di UUM. 

 

Role model yang dimaksudkan, Pensyarah Kanan SQS, Dr. Nerda Zura Zaibidi serta Jurutera Elektrik & Elektronik, Ir. Firdaus Hakim Jalaludin yang bertugas di Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan (JPP).

 

Dengan adanya lawatan sebegini, SEMESTI berharap hubungan erat terus terjalin dalam memajukan hal ehwal akademik pelajar.

 

“Terima Kasih UUM,” ucap mereka.

 

Tags: terkini