UUM Hantar 85 Atlet Ke Karnival Sukan MASUM 2017

on . Posted in Komuniti

Oleh: Pusat Sukan

UUM Hantar 85 Atlet Ke Karnival Sukan MASUM 2017

SINTOK - Karnival Sukan MASUM bagi tahun 2016 akan berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bermula pada 8 hingga 22 Julai ini.

Kontinjen Universiti Utara Malaysia (UUM) menghantar seramai 85 atlet dan 12 pegawai serta jurulatih yang akan menyertai enam acara sukan iaitu bola tampar (L), bola keranjang (L/W), karatedo (L/W), taekwando (L/W), bola jaring dan memanah (L/W).

 

Dalam pada itu, kesemua atlet telah menjalani latihan akhir bermula pada 2 Julai yang lalu bagi memberi penekanan terhadap fizikal, teknikal, taktikal dan emosi yang mantap.

 

Pengisiannya melibatkan latihan mental, imageri dan sorakan kemenangan.

 

Sepanjang sesi latihan diadakan, atlet telah dibekalkan makanan yang berkhasiat sepanjang program berlangsung dan di tempatkan di Inasis MISC.

 

Pada tahun yang lalu UUM berjaya membawa pulang satu pingat emas, tiga pingat perak dan enam pingat gangsa.

 

Sementara itu, semalam berlangsungnya Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen yang telah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Sukan, Prof. Dr. Mohd Sofian Bin Omar Fauzee dan diserahkan kepada Tan Yu Jian selaku atlet bola keranjang wanita UUM yang mewakili semua atlet ke Karnival Sukan MASUM 2017.

 

Semoga kontinjen UUM dapat bertanding dengan penuh semangat kesukanan dan beroleh kemenangan.    

 

Tags: terkini