“MEMBACA” LORONG CAHAYA INSAN CEMERLANG

on . Posted in Pendidikan

Oleh : Musyaznie Mokhtar 
Foto : Nazwan Ramli

10959005 10203108074983107 632596299 n

Ilmu bagaikan pancaran cahaya yang menerangi kegelapan. Dalam gelap, tanpa cahaya kita pasti berada dalam kebingungan, kecelaruan dan tidak tahu arah tujuan. Tidak ada jalan yang mudah untuk berjaya tanpa usaha. Membaca merupakan jalan keluar untuk meraih kejayaan kerana membaca diibaratkan satu permulaan kepada sebuah penjelajahan untuk mengetahui sesuatu perkara baru.

Perhatikan keadaan sekeliling sudah dapat menyedarkan kita tentang satu kebenaran iaitu kurangnya amalan membaca dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Jangan dipandang mudah situasi sebegini kerana generasi hari ini akan melahirkan generasi masa akan datang dan itulah bukti cerminan contoh teladan masa kini.

Oleh itu, bangkitlah dari kemalasan dan alasan yang dicipta oleh diri sendiri.  Sedarlah bahawa manfaat membaca dapat menajamkan akal fikiran serta tumpuan terhadap sesuatu fakta berkaitan dunia sosial, ekonomi, politik, sejarah serta isu-isu terkini yang berlaku di seluruh pelusuk dunia.

Tambahan lagi, membaca dapat meningkatkan kualiti kehidupan kerana seseorang yang digelar “ulat buku” akan menjerumuskan dirinya ke arah pendidikan yang lebih tinggi. Pengetahuan tentang sesuatu perkara akan dapat merangsang minda untuk berfikir dengan lebih mendalam. Seterusnya, kajian demi kajian akan dilakukan bagi menambah baik pengetahuan yang sedia ada. Ilmu akan berkembang dengan lebih pesat.

Di samping itu, amalan membaca dapat melonjakkan daya imaginasi yang lebih luas, kreatif dan inovatif kerana kebebasan untuk membayangkan apa yang cuba disampaikan daripada hasil pembacaan. Proses menterjemahkan perkataan dalam bentuk visual menjadikan minda bermain-main dengan lakaran, gambaran, warna, situasi, dan lain-lain yang pastinya menarik. Selain itu, pemikiran dan tingkah laku akan lebih terkawal kerana kesan daripada pembacaan yang berbentuk ilmiah dan santai.

Amalan membaca dapat mengubah seorang insan yang biasa menjadi luar biasa. Oleh itu, usaha untuk mewujudkan generasi suka membaca adalah didikan ketika usia masih setahun jagung, darah masih setampuk pinang. Peranan ibubapa dan masyarakat sekeliling penting dalam menunjukkan contoh yang baik untuk memupuk sikap suka membaca generasi muda hari ini.

Jangan biarkan mereka terlalu bergantung dengan penggunaan teknologi kerana lebih banyak yang melalaikan daripada memberi manfaat. Minda mereka hanya menerima maklumat tanpa bersusah payah untuk berfikir dan berimaginasi.

Untuk mengubah dunia bermula dengan perubahan diri. Didiklah diri walau sesibuk mana dengan urusan kerja, luangkanlah masa walau 10 minit sehari untuk membaca. Pelbagai bahan bacaan yang tersedia di kedai-kedai buku dan perpustakaan yang berhampiran.  Pembacaan buku secara online juga telah tersedia. Jadi tidak ada alasan untuk tidak membaca. Pepatah Melayu ada menyebut “bangsa membaca, bangsa berjaya”. 

Tags: terkini