Tahun 2016 Beri Cabaran Hebat Buat UUM

on . Posted in Pendidikan

Oleh: Musyaznie Mokhtar

2016 VC

Sintok - Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata cabaran utama dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global, UUM akan melipatgandakan lagi usaha menjana pendapatan dengan menggunakan aset yang dimiliki di samping kepakaran sebagai perunding, agar kita lebih berdaya saing.

“Menerusi Pelan Induk Fasa II (2016-2020), kita akan berusaha mengukuhkan kedudukan universiti di peringkat antarabangsa untuk meletakkan kedudukan UUM dalam 200 universiti Terbaik Dunia, 50 Terbaik Asia, 10 Terbaik Asia Tenggara dan 5 Terbaik Malaysia.

“Selain itu, pengurangan perbelanjaan pada tahun 2016 akan mendidik warga UUM untuk meneruskan budaya perbelanjaan secara berhemah,” ujar beliau dalam ucapan Perutusan Tahun Baru 2016. 

Di samping itu, Tahun Discover UUM 2016 merupakan satu cabaran yang hebat buat warga UUM dalam memperkenalkan universiti kepada dunia melalui keindahan panorama dan keistimewaan yang terdapat di kampus yang permai ini selaras dengan konsep edutourism untuk menarik lebih ramai pelajar dan kakitangan antarabangsa menjadi sebahagian dari keluarga besar UUM serta mengundang tetamu dari dalam mahupun luar negara datang melawat. 

Tags: terkini